Rabu, 27 April 2011.
Genap seminggu sejak aku mengucapkan selamat tinggal untuk kehidupan sebagai pelajar matrikulasi. Dan pada hari ini laa aku baru keluar rumah. Lihat dunia luar. Kesesakan kehidupan di Kuala Lumpur. Dan pelbagai ragam manusia di muka bumi ini.
Aku dan kakak aku pergi ke Pameran Buku Kuala Lumpur bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Kami naik LRT terus ke PWTC. Banyak sangat buku yang ada di PWTC tu. Best jugak laa. Dari majalah picisan sampai laa ke buku-buku ilmiah. Semua ada. Banyak buku best rasa macam nak beli je semua. Tapi bila raba-raba kat poket, pastu selak-selak dompet aku, aku terus lupakan niat tu. Sebab duit tak cukup. Biasa laa, penganggur berkarisma. Haha. Akak aku ada laa beli novel grafik keluaran Gempak sebab harga kat sana agak murah jugak berbanding pasaran semasa. Aku just beli dua buah buku je, tajuknye "Himpunan Kisah Jin, Iblis, Syaitan" jilid 1 dan jilid 2. Harga just RM10 setiap satu. Sangat-sangat berbaloi. Dekat sana pun aku nampak ramai remaja yang membanjiri perkarangan PWTC tu. Bangga pun ada jugak sebab suka tengok golongan-golongan muda ni pergi untuk pameran yang bermanfaat macam ni.
Tapi sebenarnya aku bukannya nak cerita tentang pameran buku tu, tapi aku nak highlight-kan tentang seorang pemuda yang sempat aku jumpa. Selepas aku puas pusing-pusing PWTC tu, aku dengan akak aku terus pergi ke Sogo. Aku teman akak aku tu nak cari CD Panic! At The Disco yang dia mengidam tuh. Alang-alang kat sana sempat laa aku beli DVD 3 Idiot yang memang aku idam-idamkan. Ceritu tu sangat best. Tapi CD akak aku tak ada pula jual kat situ. So,kitorang decide untuk pergi Time Square. So kitorang pun naik LRT then berhenti di stesen Hang Tuah. Lepas tu, kitorang nak naik monorail pulak untuk sampai ke Time Square. Lepas saja kitorang keluar dari stesen LRT tu, aku ternampak seorang pemuda buta yang dipimpin oleh seorang perempuan. Dengan tak semena-menanya, tiba-tiba perempuan tu cakap kat akak aku, "Dik, tolong bawak lelaki ni ke monorail". Kitorang terpinga-pinga. Tapi disebabkan kitorang pun nak pergi naik monorail, kitorang pun OK je laa nak tolong pimpinkan si pemuda buta ni.
Sepanjang perjalanan nak ke monorail tu, aku perhatikan je riak wajah si buta ni. Dia sentiasa mengukirkan senyuman di wajahnya. Aku pun suka untuk tengok wajah si buta ni. Tenang je. Aku ada jugak tanya kat si buta ni, siapa nama dia. Dia ada jawab, tapi suara dia sayup-sayup kedengaran lantas ditenggelamkan oleh hiruk-pikuk suasana sibuk di Kuala Lumpur. Aku just angguk je. Banyak jugak soalan yang aku tanya. Tapi si buta ni nampak macam malu-malu je nak jawab. Sesampainya kami di stesen monorail, aku pun tanya nak pergi mana. Pastu dia ada cakap, "tak apa, saya guna Touch n Go". So, di saat ni laa kitorang berpisah dengan si buta ni. Dia pun berlalu pergi dengan menggunakan tongkatnya. Kitorang pun lega jugak laa sebab dapat tolong si buta tu. Tapi, jauh dalam benak hati aku, aku tertanya-tanya bagaimanakah perasaannya apabila nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT iaitu nikmat penglihatan ditarik oleh-Nya. Mesti sedih dan kecewa untuk kita meneruskan hidup ini sebab kita bagaikan hidup dalam kegelapan. Sedih dan insaf. Aku teringat tentang bagaimana pengalaman aku 'dibutakan' ketika aku mengikuti aktiviti yang dianjurkan untuk AJK blok kat matrik dulu. Pada waktu tu mata aku ditutup oleh tudung selama hampir dua jam. Masa tu aku baru sedar bahawa betapa seksanya dan sunyinya manusia tanpa mata. Betapa besarnya sumbangan dan peranan mata anugerah Allah SWT ini kepada manusia. Aku amat kagum dengan semangat dan kekuatan pemuda buta yang aku pimpin tadi. Sangat hebat peribadinya.
Oleh itu, mata itu adalah satu anugerah yang teramat besar untuk kita. Hargailah ia kerana dengan mata kita dapat menikmati keindahan alam ciptaan Allah SWT ini.
No comments:
Post a Comment